Lambo Rentung!

Posted: September 24, 2011 in Uncategorized

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki nyaris rentung apabila kereta Lamborghini Gallardo miliknya yang bernilai RM1.2 juta terbakar ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Damansara, di sini semalam.

Ketika kejadian jam 11.45 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun yang enggan dikenali dalam perjalanan pulang selepas keluar bersiar-siar bagi memanaskan enjin kereta itu selepas seminggu ditinggalkan di sekitar kawasan rumah sebelum terhidu asap daripada bahagian enjin kenderaannya. Menurut Ketua Operasi, Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas, Shahrul Azizi, pihaknya menerima panggilan daripada mangsa jam 11.50 pagi dan tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian.
“Mangsa memberitahu terhidu bau asap enjin keretanya 100 meter dari tempat kejadian dan dia memberhentikan kenderaannya di bahu jalan lalu segera keluar sebelum api marak membakar keseluruhan kereta.

 

“Kebakaran dikawal sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas kira-kira 10 minit dan kereta itu rosak sepenuhnya.
“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Sementara itu, pemilik kereta mewah yang dibeli tiga tahun lalu itu dipercayai ahli perniagaan warga tempatan yang bekerja di Shanghai, China dan baru pulang ke Malaysia kelmarin.

myMetro 24/9/11

 

NASIB BAIK SEMPAT KELUAR YEOP……

KALAU KORANG OWNER LAMBO TU..APE ‘FEEL’ KORANG BILE TGOK MY LOVELY LAMBO RENTUNG DEPAN MATA..? HUHUHU..

JANGAN LUPA BACA DOA NAIK KENDERAAN YE…

TAK TAHU NAK BACA..? 

NAH HAFAL NI..!

Az Zukruf 43:13-14

 

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL..! 🙂

 

 

Harapan Malaysia?

Posted: September 24, 2011 in Uncategorized

TIDAK guna meratapi kegagalan sebaliknya jurulatih Ong Kim Swee menuntut anak buahnya bangkit menerusi dua perlawanan di laman sendiri menentang Syria dan Bahrain, November ini bagi menghidupkan peluang mereka dalam kempen kelayakan Olimpik London 2012.

Bagaimanapun tugas lebih getir menanti pengendali negara itu bukan saja selepas Malaysia tumpas 0-2 di tangan Jepun pada aksi pembukaan Kumpulan C kelmarin, sebaliknya beliau terpaksa berdepan dua misi penting dalam satu masa.

Fokusnya bukan saja terarah kepada kempen kelayakan Olimpik, sebaliknya mempersiapkan pasukan bawah 23 tahun negara mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Indonesia, November ini.

“Sekarang keutamaan saya membentuk pasukan menghadapi Sukan Sea, tapi dalam masa sama saya perlu pastikan pemain skuad Olimpik dalam keadaan terbaik.

“Pemain kita masih kurang pendedahan dan perlawanan berkualiti berbanding pemain Jepun yang beraksi dalam Liga-J setiap minggu.

“Kalau boleh memang saya nak mengadakan perlawanan setiap minggu untuk skuad Olimpik tapi saya juga kena fikirkan mengenai Sukan Sea kerana saya akan membawa pasukan berbeza walaupun majoriti pemain skuad Sukan Sea adalah pemain Olimpik,” katanya yang ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Fukuoka semalam.

Tambah menyukarkan perancangan Kim Swee, 41, apabila beliau tidak mempunyai banyak masa membuat persiapan menghadapi Syria bagi aksi kedua meskipun pasukan itu bersetuju menunda tarikh perlawanan kepada 24 November.

Ini kerana jika Malaysia mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir Sukan Sea, mereka bakal beraksi pada penentuan tempat ketiga atau final pada 22 November.

“Saya masih tak pasti sama ada Syria setuju untuk meminda tarikh perlawanan daripada 23 November kepada 24 November.

“Jika mereka bersetuju sekalipun saya hanya mempunyai tempoh sehari untuk mempersiapkan skuad Olimpik sebelum menentang Syria selepas Sukan Sea berakhir,” katanya.

Selepas tewas kepada Jepun 0-2 di Stadium Tosu, kelmarin, Malaysia akan meneruskan kempen merebut slot ke London bertemu Syria pada 23 atau 24 November dan Bahrain (27 November) di Kuala Lumpur.

-myMetro Arena 23/9/11

 

ENTAH APA TAK KENA TEAM MALAYSIA NIH…

DUIT DAH BANYAK HABIS……….TRAINING LUAR PUN DAH BANYAK…

TAPI TAK MAJU2 JUGAK………ORANG TAK MARAH KALAU KALAH 4,5 – 0 PUN..

YANG ORANG MARAH SEBAB TENGOK KEEPER JEPUN BOLE BALIK RUMAH DULU TIDO! HAHAHA

TU LA……..LAIN KALI KALAU NAK PAKAI RAMLI CAKAP LA AWAL2 SIKIT..

TAK KENAL SAPE RAMLI..?

TENGOK NI HAHAHA..! ;D

Diana Amir Bertudung?

Posted: September 23, 2011 in Uncategorized

Pelakon filem 123 Cinta Diana Amir kini telah mengambil keputusan untuk bertudung. Dia mula mendapat nasihat rakan2 selebriti yang lain seperti Wardina, Irma Hasmie setelah beberapa kali bermimpi kiamat dan takut dengan perkara itu.

Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat. Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini” 

“”Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya.”

katanya kepada Mstar online.

Sumber gambar : Twitter Wardina

 

ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH ATAS PENGHIJRAHAN DIANA…

SEMOGA MAKIN RAMAI ARTIS2 MENGIKUTI JEJAK LANGKAH BELIAU BARULAH BOLE JADI IKON! 😀

 

Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat. Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini.”

Rumah Neraka?

Posted: September 23, 2011 in Uncategorized

KUALA LUMPUR: Dua remaja lelaki berusia 16 tahun dirantai, seorang warga emas berusia 68 tahun dibiarkan tidur dan tinggal bersama kira-kira 40 anjing, manakala sepasang suami isteri yang uzur dibiarkan berbaring atas katil dipenuhi najis.

Lebih menyedihkan apabila bilik tidur tiga lagi warga emas sudah usang dengan atap dan dinding bocor menyebabkan mereka basah dan kesejukan ketika hujan manakala lapan kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun berhimpit dalam bilik tidur seluas kira-kira enam meter persegi.

Begitu kehidupan daif ditanggung empat warga emas berusia 50 hingga 70 tahun serta lapan kanak-kanak termasuk dua remaja yang berlindung di sebuah pusat kebajikan tidak berdaftar sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan, pusat kebajikan itu turut menyediakan khidmat asuhan kanak-kanak dan 36 orang dilaporkan dihantar waris ke pusat terbabit.
Penderitaan warga emas dan kanak-kanak itu berakhir apabila seorang waris iaitu ibu seorang remaja yang dirantai melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL), baru-baru ini.

sumber – Hmetro 23/9/11

INILAH MASALAHNYA KALAU TAKDE PEMANTAUAN BETOL2…

SAMPAI TIDO ATAS NAJIS..DUDUK HIMPIT2..ADOYAI..

NASIB BAIK HIDUP LAGI DIORANG TU…..

Di Manakah Tahap Kewangan Anda?

Posted: January 17, 2010 in Ekonomi

 

Salam Sejahtera.

Baru-baru ni saya terbaca sebuah artikel dari Jutawan Internet Irfan Khairi.  Agak menarik untuk dikongsikan dengan semua pembaca. Jom kita baca sama2 🙂

Di manakah tahap kewangan anda?

Oleh: Irfan Khairi

Terdapat 4 tahap kewangan bagi sesiapa sahaja. Untuk mencapai  kejayaan dari segi kewangan, kita perlu ketahui di manakah keadaan kewangan kita kini. Sama seperti dalam mencapai apa sahaja matlamat, kita perlu ketahui di manakah kedudukan kita kini untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk sampai ke poin B, kuta perlu ketahui poin A.

Di manakah tahap kewangan anda, adakah ianya pada tahap selamat ataupun tidak selamat? Pastinya semua orang mengimpikan untuk mencapai keadaan bebas kewangan ataupun, lebih daripada itu!

Artikel saya kali ini, adalah untuk anda cerminkan kedudukan anda sendiri dari segi kewangan.

Berikut adalah 4 tahap kewangan tersebut. Di manakah tahap kewangan anda?

#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)

Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan, anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup tanpa mengubah gaya hidup dengan wang simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan bulan depan 😉

Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini. Bayangkan sekiranya tempat anda kerja terpaksa melepaskan anda esok. Cukupkah simpanan yang anda ada untuk menyara hidup anda dan keluarga selama satu bulan? Sekiranya tidak, maka, perlu bunyikan siren amaran bahawa tahap kewangan anda tidak selamat!

#2: Kewangan Selamat (Financially secure)

Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau diberhentikan 🙂 ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.

Enam bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!

Bagaimana hendak mencapai keadaan ini? Dengan mengamalkan tabiat menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda. Sekiranya anda merasakan ianya sukar untuk anda menyimpan 10% daripada simpanan anda, tidak mengapa. Mulakan dengan 2%. Pastinya anda boleh simpan 2% daripada pendapatan anda bukan?

Dengan bermula pada hanya 2%, anda akan menanam tabiat menyimpan, dan merasakan ianya mudah untuk menyimpan 2%. Apabila selesa dengan 2%, tambahkan simpanan kepada 4% sehingga rasa selesa, dan seterusnya 6%, 8% sehingga 10%.

#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)

Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila!

Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela…

Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).

#4: Tahap Tersangat kaya (Ultra Rich)

Tahap ini lagi la sedikit yang capai… teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Mereka boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta kepada badan-badan kebajikan yang dipilih… nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan adalah tokoh-tokoh perniagaan yang  berada di dalam tahap ini.

Mereka sering memiliki perniagaan besar-besaran yang dikendalikan oleh beribu-ribu pekerja. Sering kali wang yang dimiliki adalah berlebihan dan tidak terbelanja sehingga akhir hayat, walaubagaimanapun, keadaan ini tidak membuatkan mereka berhenti melakukan kerja dan menjalankan perniagaan oleh kerana, seringkali, bagi mereka yang berada di dalam keadaan kewangan ini, melakukan kerja kerana cintakan kerja- dan bukan wang!

Di manakah tahap kewangan anda dan ke manakah hala tuju matlamat kewangan anda? Tepuk dada, tanya selera!


Perniagaan Internet

Posted: January 1, 2010 in Ekonomi
Tags:

Kawal Ekonomi

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang adalah sangat bahaya sekiranya kita tidak mempunyai simpanan kewangan yang kukuh. Apakah pelan-pelan anda? Kita mungkin tidak ada banyak masa lagi. Apapun yang anda ingin lakukan anda perlu BERTINDAK SEKARANG kerana tiada siapa lagi yang mampu menolong kita walaupun sesebuah kerajaan, organisasi, mahupun majikan anda. Masalah pengangguran semakin meruncing saban tahun. Hampir kesemua sektor mengalami masalah yang sama. Tidak ketinggalan juga sektor kerajaan. Bakal-bakal Guru di sekolah-sekolah kerajaan belum tentu lagi mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan pertama tamat pengajian Program Ijazah Sarjana Pendidikan (PISP). INI FAKTA!

Kajian melaporkan bahawa masalah ekonomi tidak menentu sekarang hanya dapat diselesaikan selepas 8 tahun lagi. Sekiranya anda kehilangan pekerjaan esok, tidak kisahlah anda seorang CEO syarikat, atau penjawat awam,  jika anda kehilangan pekerjaan pada hari ni, Mampukah anda bertahan selama 8 Minggu? Adakah anda mempunyai wang yang cukup? Sekiranya “Ya! Saya Mampu!” , bagaimana dengan 16 Minggu? 52 Minggu anda terputus sumber pendapatan?

Anda boleh berhenti membaca post ini sekiranya jawapan anda masih “Ya!”

Tetapi sekiranya jawapan anda “Tidak” , Mahu atau Tidak anda perlu jana lebih duit  dari SEKARANG!

Sekiranya anda kehabisan wang dalam keadaan ekonomi yang teruk, anda akan menderita. Secara tidak langsung bagi yang bekerluarga akan menghadapi masalah lebih besar menguruskan perbelanjaan untuk seisi rumah. Walaupun jika anda merasakan anda SELAMAT kerana mempunyai pekerjaan yang bagus dan kebal dari masalah kewangan, cuba fikir kembali. Sekiranya anda bekerja dengan orang lain, sejauh manakah anda akan selamat?  Sekiranya majikan anda dapat seseorang yang lebih efektif , lebih murah, muda dan menawan dari anda, percayalah anda akan dipecat. Jadi apakah pilihan anda?

1. Cari Pekerjaan Kedua

Peluang dan saingan sangat  sukar dan anda mungkin akan mengalami cukai yang lebih tinggi. Anda memrlukan sesorang untuk menjaga anak kerana anda terikat dengan masa yang sangat terhad. Kos bahan api untuk kereta anda juga meningkat. Itupun bergantung kepada nasib anda sekiranya mendapat pekerjaan kedua kerana walaupun dalam ekonomi yang lembab, profession seperti ‘cleaner’ , ‘security guard’ mahupun tukang masak masih diperlukan 🙂

2. Duduk Diam kerana Mempunyai RM500K

Anda mungkin boleh menarik nafas lega dan lepak kerana mempunyai wang sebanyak RM500K. Namun pelan apa yang terbaik untuk wang anda? Kewangan anda berada dalam pasaran berisiko, pasaran yang teruk, dan tidak menentu setiap tahun. Apabila ekonomi jatuh, maka wang anda pun jatuh.

3.  Mulakan Perniagaan Anda Sendiri

Idea yang HEBAT. Namun mula-mula sekali anda harus menyewa pejabat, sistem telekomunikasi, tanda tangan surat perjanjian, dapatkan CPA, letter head, sistem inventori, gudang simpanan, dan yang paling ialah PEKERJA. Memerlukan modal yang agak besar bukan? dan lebih 95% perniagaan TUTUP begitu sahaja dalam tahun pertama.

ATAU

Anda boleh menyertai francais syarikat-syarikat besar seperti Petronas, Starbucks, Mcdonalds, KFC dan banyak lagi. Francais lengkap dengan latihan, alatan pemasaran, dan sistem yang terbukti boleh mengaut keuntungan besar. Tetapi itupun jika anda mempunyai RM 500K – 1 Juta dalam akaun anda.

Anda juga boleh menjadi  ‘freelancer’ atau ‘independant contractor’ sekiranya anda mempunyai kebolehan dalam sesuatu bidang. Namun anda juga harus berkebolehan dalam pemasaran, menjadi seorang yang boleh menjual, pandai bercakap, dan mampu mengembangkan perniagaan atas jenama sendiri.

Secara asasnya memulakan perniagaan dari awal adalah sangat sukar, kerja yang berisiko, serta modal yang tinggi. Tetapi dengan memiliki perniagaan sendiri sahaja yang mampu mengawal ekonomi. Satu-satunya cara untuk mengawal masa, aliran tunai, dan kualiti hidup.

Sebilangan orang dapat beriadah di taman setiap 8 pagi, memancing di tasik jam 4 petang setiap selasa bersama anak-anak, memandu kerata mewah seperti Porshe, Ferarri atau Jaguar. Dan percayakan anda bahawa mereka ini mempunyai perniagaan sendiri?  Apakah perniagaan yang mereka pilih?

Apakah pilihan perniagaan yang membolehkan semua jenis lapisan masyarakat sertai? dengan modal yang rendah,  dengan sedikit ataupun tidak memerlukan pengalaman perniagaan, boleh dibuat sambilan atau separuh masa, yang boleh menjana sehingga RM1000 sebulan, seminggu atau 5 angka seminggu?

dan yang bagusnya adalah kita semua layak dan boleh melakukannya.  Hanya Mahu atau Tidak.

Wang bukan segala-segalanya tapi segala-galanya memerlukan wang!

Wang dapat mengubah segala-galanya.

Wang dapat mengubah kereta jenis apa yang ada pakai, pelancongan yang ada sertai, sekolah terbaik untuk anak-anak, dan sekiranya anda adalah BOS, hidup anda akan berubah serta-merta, anda tentukan sendiri. Anda tentukan masa bekerja, jam berapa mahu bangun tidur, apa yang anda pakai dan semestinya bukan orang lain.

Secara kesimpulannya, hanya perniagaan internet sahaja yang mampu mencapai semua ini. Yang menjadikan orang biasa menjadi hebat, melahirkan jutawan pada usia muda, dan yang lebih penting anda boleh lakukannya. Anda boleh bersara pada bila-bila masa, boleh mengawal ekonomi, dan boleh mengawal kehidupan anda.

Selamat Berjaya! 😉